Terdapat pelbagai faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutamanya bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidapi masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, panduan di bawah mungkin dapat membantu dalam penjagaan kesihatan:
- Minum banyak air bersih ( air bertapis, RO, air mineral, air dirawat ) untuk membersihkan air kencing.
- Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
- Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
- Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
- Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
- Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
- Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
- Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.
0 comments:
Post a Comment