Pages

Ads 468x60px

Featured Posts

Wednesday, 6 January 2016

Pemecah Batu Karang GlamoHealth Village Formula





Info Produk : 

Penggunaan produk tradisional sebagai alternatif kepada ubat-ubatan moden semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia. Sehubungan dengan itu, pihak pengilang atau pengeluar produk tradisional perlu memainkan peranan dalam memastikan produk yang dikilangkan adalah berkualiti dan selamat untuk digunakan. Minuman botani GlamoHealth, Village Formula, merupakan satu minuman dan mempunyai pelbagai fungsi khas yang membantu memecahkan batu karang khususnya dalam masa 24 jam.Minuman ini tidak hanya khusus membantu memecahkan batu karang tetapi ramuan didalamnya juga membantu pesakit yang mempunyai masalah jantung dan juga pedih hati.
Ia diadun daripada petua tradisional amalan turun temurun yang sekian lama dilupakan. Dan kini, segala formula kandungan telah ditemui kembali dan kami menyediakannya dalam bentuk lebih mudah dan ringkas untuk diambil.Pada kebiasaannya dengan hanya sekali minum sahaja sakit yang dideritai lansung hilang dalam tempoh 24 jam. Ramuan ini bertindak meleburkan ketulan-ketulan batu karang dan melarutkannya ke dalam air kencing sehingga tidak terasa sedikit pun ketika ia keluar daripada badan pesakit.

Minuman botani GlamoHealth, Village Formula dapat mengatasi masalah seperti :

* untuk memecahkan batu karang yang terdapat di dalam hempedu, buah pinggang, saluran/pundi kencing
* untuk mencuci sistem perkumuhan
* untuk mengatasi masalah kencing tak lawas
* menghentikan cirit-birit dan melawaskan air kencing
* membantu mengawal tekanan darah tinggi
* mencegah pengerasan arteri apabila berlaku stress spt tekanan darah tinggi
* membantu melegakan penyakit pedih ulu hati
* membantu pemulihan penyakit berkaitan hati dan hempedu

>>Sebarang pertanyaan/maklumat lanjut Whatsapp ke 0169842983

TESTIMONI

Alhamdulillah..
kencing manis juga boleh..
Untuk pengetahuan :
Glamohealth juga mengandungi pecah beling, sesuai juga untuk pesakit kencing manis, darah tinggi dan jantung..


TERBUKTI BERKESAN !!!





"KEN.C!NG" TAK LAWAS !
ADA BATU KARANG TERSEMBUNYI?
.
"KALAULAH saya Bersabar!"
.
Tentu Tak menyesal Terburu-buru Buat Pembedahan Batu Karang sampai telan Belanja RM5000.00. Lepas tu Berulang kena Batu Karang,
.
Letih Keluar masuk ward! Sekarang tak lagi, sy dah Jimat lepas kenal Glamohealth! 7 Hari Batu Karang Keluar, Ken..cing dah macam AIR PAIP!
.
HARGA RM200!
TAPI HARINI SAYA NAK BG MURAH SEMPENA BESDAY ANAK SAYA YG KEDUA TAHUN!
.
Whatsapp GH7 ke
016-9842983
[Whatsapp untuk Diskaun 40% + PERCUMA POS]

Rawat dan Cegahlah Sebelum Terlambat,
Bayangkan.. KeEnakkan K3ncing anda Hilang dan badan jadi bengkak bila biarkan Simptom Batu Karang berlarutan seperti :
Sakit Pinggang semasa K3ncing.
K3nc.ing Pedih, Darah @ Nanah
K3nc.ing sedikit
Makan Susah Telan (Batu Hempedu)
,
Whatsapp GH7 ke 016-9842983
[Whatsapp untuk Diskaun 40% + PERCUMA POS]
heart emoticon
" 2 tahun sakit , Mnum ‪#‎Glamohealth‬ 3 Hari 3 Ketul Batu Karang Keluar, Sy Jimat RM5000.00 untuk kos pembedahan di Hospital " En.Rosman,39
-->> https://goo.gl/yzQS7Z (Komen Pengguna Klik)
heart emoticon
" Sebotol Glamohealth dah memadai, Batu Karang Hancur mcm pasir keluar ikut air K3nc.ing. Dokterr Xray cakap Batu dah Hilang.. sebelum ni Takut tak boleh K3nc.ing.. " En.zainal,35
heart emoticon heart emoticon heart emoticon heart emoticon
* Alhamdulillah, testimoni-testimoni yg diterima adalah terlalu byk tetapi tidak semua akan dikongsi kerana ianya akan Menyalahi Undang-Undang (menggugat bidang perubatan moden). Hanya sedikit testimoni di atas yg boleh kami paparkan sbg panduan.
heart emoticon heart emoticon heart emoticon heart emoticon
Kenapa #Glamohealth Terlalu Berkesan?
.
Kerana Khasiat Daun Dukung Anak dan Ubi Bit Merah kami adunkan dalam setiap Botol, Adunan ini telah terbukti Sejak Dulu dapat membantu Hancurkan Batu karang dalam :
✔Buah Pinggang
✔Salur K3nc.ing
✔Hempedu
✔Hati
heart emoticon
Mudah je nak dapatkan,
Whatsapp GH7 ke 016-9842983
[Whatsapp untuk Diskaun 40% + PERCUMA POS]
.
whatsapp kami terus senang urusan jual beli. nanti kami send info, gambar produk #Glamohealth dan testimoni yang terbaru.
.
KOMEN < NAK >
[ untuk dapatkan detail produk ]
.
.
P/s: Jika tiada reply dari kami, berkemungkinan stok telah habis. Cuba whatsapp kami SEKARANG!
PROMOSI 40% selagi post ini tidak dipadamkan!
Jadi tolong saya sharekan post ini kepada kawan2 anda yg dah lama ade Batu Karang Termasuk Ibu dan Ayah anda.




Friday, 16 October 2015

Rawatan Dengan Minuman Botani

Pelbagai Produk Kesihatan yang boleh mencegah masalah ini. Penggunaan Makanan Dan Minuman Kesihatan Juga Boleh Merawat Penyakit Batu Karang. Antaranya ialah Minuman Botani GlamoHealth. Ia mengandungi ramuan tradisional turun temurun seperti buah lemon, daun dukung anak, cuka epal, buah delima, selasih, ubi bit merah, daun celery dan rempah ratus.



Minuman Botani GlamoHealth


Cara Penggunaan


Minuman Botani


Testimoni
DAPATKAN SEKARANG !!
(Pemecah Batu Karang Malaysia)
https://www.facebook.com/Pemecahbatukarangmalaysia

Penawar Tradisional Penyakit Batu Karang



Nanas

Bagi penghidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari ataucuba cari Sulur Nenas campur dengan gula batu, minum setiap hari.


Lobak Putih

minum air lobak putih yang dijadikan jus seminggu 2kali.
Jangan diamalkan hari-hari sebab air 1 / 2 lobak putih adalah tajam.








Epal Hijau Dan Minyak Zaitun

5 hari yang pertama, minum 4 gelas air epal hijau setiap hari (nak makan 4 @ 5 biji epal hijau pun boleh jugak). Jus epal ni melembutkan batu karang. Hari ke enam pulak , jangan makan malam! Pada pukul 6 petang minum garam Epsom (magnesium sulphate) dengan air suam. Ulang lagi pada pukul 8 malam. Magnesium sulphate buka bukaan pundi kencing. Pada pukul 10 malam, ambil setengah cawan minyak zaitun(atau minyak bijan) yang dicampur dengan setengah cawan air lemon. kacau dan minum. Minyak ini akan bertindak menjadi pelincir.

Esok paginya, jangan terkejut kalau nampak batu hijau kat najis...biasanya terapung!...dan
boleh dikira :). Jika tak de batu karangpun, petua ini elok untuk membersihkan pundi kencing.






Tembikai Dan Prune Juice

Kisar sebiji buah tembikai bersama sedikit gula batu (untuk sedapkan). Minum setiap hari.


Petua Atasi Penyakit Batu Karang


Terdapat pelbagai faedah jika kita sanggup berpantang sedikit dalam soal makan minum; terutamanya bagi mereka yang ada risiko mendapat penyakit atau pernah menghidapi masalah kesihatan tertentu.
Bagi individu yang mengalami masalah batu karangpanduan di bawah mungkin dapat membantu dalam penjagaan kesihatan:

  1. Minum banyak air bersih ( air bertapis, RO, air mineral, air dirawat ) untuk membersihkan air kencing.
  2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
  3. Kekurangan vitamin B6 dan potassium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang mengatasi masalah kekurangan ini.
  4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
  5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
  6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
  7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
  8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Penyakit Batu Karang

Pengenalan
Air kencing terbentuk di dalam buah pingggang mengalir melalui struktur tiub yang dipanggil ureter ke pundi kencing sebelum dikeluarkan. Batu karang atau kalkuli boleh ditemui di mana saja pada buah pinggang, ureter atau pundi kencing. Di Malaysia batu karang biasa ditemui di bahagian atas saluran kencing ( buah pinggang dan ureter). Kekerapan batu karang ini adalah 10%-20% di Asia berbanding dengan 15%-18% di negara barat. Terdapat beberapa jenis batu karang, antaranya ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid uric dan batu jangkitan biasa di temui.


Gejala dan Tanda
Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan mungkin ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain. Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai 'Renal Colic'. Ini berlaku apabila batu itu bergerak melalui saluran ureter yang sempit yang mengecut untuk mengeluarkannya. Setengah pesakit akan merasa sakit yang tajam pada testikel mereka atau sepanjang zakar mereka semasa kencing. Mereka biasanya dapat mengesan adanya darah di dalam air kencing.
Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ini akan menyebabkan sakit yang berterusan dan mungkin demam jika terdapat jangkitan kuman. Biasanya pesakit batu karang di buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang. Sakit ini tidak dipengaruhi oleh pergerakan atau perubahan postur yang biasanya disebabkan oleh sakit yang berpunca dari tulang ataupun otot.

Komplikasi
Batu karang di buah pinggang atau ureter akan menyebabkan halangan. Ini akan mengundang jangkitan kuman pada buah pinggang dan dalam kes yang teruk pembentukan nanah. Jangkitan ini boleh merebak ke dalam darah dan pesakit akan jadi sangat teruk kerana urosepsis. Ini adalah kecemasan dan pesakit tersebut perlu rawatan dengan antibiotik dan halangan tersebut perlu di atasi dengan memasukkan tiub ke dalam ureter untuk melepasi ureter atau memasukkan tiub ke buah pinggang untuk mengalirkan air kencing yang dijangkiti kuman. Halangan yang kronik akan merosakkan buah pinggang dan jika berlaku pada kedua-dua buah pinggang pesakit tersebut akan mengalami kegagalan buah pinggang. Jika ada batu karang, tetapi tidak menghalang aliran air kencing juga boleh menyebabkan jangkitan yang berulang-ulang yang di namakan Pyelonephritis.
Begitu juga dengan batu karang di pundi kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman. Batu ini boleh menjadi penghalang dengan tersekat pada pangkal pundi kencing, di bahagian pundi kencing bersambung dengan urethra iaitu saluran kencing di dalam zakar, atau di dalam urethra sendiri. Dalam situasi ini, pesakit tersebut akan menghadapi kesukaran membuang air kecil dan terdapat pengumpulan air kencing. Jika ia berlaku untuk tempoh yang lama tekanan kebelakang mungkin akan memberi kesan kepada ureter dan buah pinggang yang akan menyebabkan kegagalan buah pinggang. Otot pada pundi kencing yang gagal mengeluarkan halangan tersebut akan meregang dan kemudiannya menjadi kegagalan otot. Ini adalah penting kerana pesakit mungkin tidak dapat mengeluarkan air kencing dari pundi kencing biarpun batu tersebut telah dikeluarkan.
Dalam kes yang jarang berlaku, terdapat gangguan berterusan oleh batu karang pada permukaan dalam pundi kencing dan akan menyebabkan kanser.


Rawatan
Kebanyakan batu karang yang kurang dari 4mm akan keluar dengan sendiri. Tetapi pesakit akan memerlukan intervensi/rawatan jika batu itu tidak keluar selepas tempoh pemerhatian dan berterusan menyebabkan kesakitan. Batu tersebut mungkin akan membesar atau menyebabkan komplikasi seperti halangan dan jangkitan. Kadangkala batu karang tersebut tidak menyebabkan kesakitan tetapi menyebabkan fungsi buah pinggang semakin teruk. Rawatan batu karang ini bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis batu karang tersebut.
Pembedahan Terbuka
Ini jarang dilakukan sekarang kerana kebanyakan batu boleh dikeluarkan dengan cara yang lebih mudah. Untuk pesakit yang mempunyai batu karang yang besar, ia masih lagi menjadi pilihan. Kadangkala apabila buah pinggang dengan batu karang ini menjadi berparut dan tidak berfungsi dengan baik, ia akan dikeluarkan. Masih lagi ada peranan pembedahan terbuka untuk membuang batu karang yang besar.
Pencegahan
Apabila pesakit telah ada batu karang, dia mempunyai risiko untuk pembentukan batu karang lagi. Pesakit dinasihatkan untuk meminum sekuarng-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka. Panduan yang baik ialah apabila kencing, warnanya jernih seperti air. Nasihat ini lebih penting kita di iklim panas ini.
Perubahan dalam pemakanan mungkin diperlukan untuk mencegah pembentukan batu karang. Diet yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing. Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk mengurangkan makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol. Tidak ada halangan untuk mengambil makanan tenusu yang kaya dengan kalsium untuk mencegah batu karang jenis kalsium, tetapi biarlah bersederhana. Makanan seperti coklat, kopi dan bayam kaya dengan oxalate dan patut dikurangkan pengambilannya untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis oxalate. Dalam keadaan lain pesakit mungkin perlu mengambil ubat untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik. Ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun dengan mengawal makanan. Ini biasanya dengan kombinasi ubat untuk mengurangkan keasidan air kencing.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my




 
Blogger Templates